Sunday, 3 March 2013

Latihan Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan
Kegunaan
Contoh
angkatan
Digunakan untuk manusia atau benda
Kapal terbang, polis, askar,
Baris
Digunakan untuk benda/manusia yang berbaris
Orang, rumah, pokok, pemadam, gigi
Batang
Digunakan untuk benda yang panjang
Kayu, galah, sungai, lilin
Bentuk
Digunakan untuk benda-benda kecil yang berkeluk
Cincin, subang, mata kail, permata
Berkas
Digunakan untuk benda yang diikat bersama-sama
Kayu, papan, kunci
Bidang
Digunakan untuk benda yang luas
Tanah, kebun, lading
Biji
Digunakan untuk buah, sayur-sayuran atau benda yang kecil
Batu, cawan, telur, guli, bola
Bilah
Digunakan untuk benda yang tajam
Pisau, sabit, gunting, kapak
Buah
Digunakan untuk benda yang besar dan padu yang tidak menentu
Peti sejuk, almari, radio, taman, kereta, motorsikal, rumah
Buku
Digunakan untuk benda yang berbongkah
Sabun, roti, benang
Butir
Digunakan untuk benda yang kecil dan bulat
Peluru, mutiara, telur, beras
Carik/Cebis
Digunakan untuk benda yang dikoyakkan
Kain, kertas
Cekak
Digunakan untuk menghimpun benda
Benih padi, tangkai padi
Cubit
Digunakan untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
Garam, gula, tepung
Cucuk
Digunakan untuk benda yang dicucuk dengan lidi
Sate, bebola ikan, daging, buah-buahan
Das
Digunakan untuk bunyi tembakan
Pistol, senapang, merian
Deret
Digunakan untuk benda yang disusun
Rumah, kereta, bangunan
Ekor
Digunakan untuk binatang
Ikan, ayam, itik, ular
Gelung
Digunakan untuk benda yang panjang dan bergulung
rotan, dawai, kawat, tali,
Genggam
Digunakan untuk benda yang digenggam
Beras, padi, batu
ugus
Digunakan untuk benda atau buah-buahan yang berkelompok
Kelapa sawit, anggur, langsat, kunci
Gerombolan
Digunakan untuk orang
Samseng, penjahat
Gulung
Digunakan untuk benda yang bergulung
Filem, kertas, dawai, kunci
Gumpal  
Digunakan untuk gumpalan
tanah, tembakau, kapas, kekabu, asap, awan
Helai
Digunakan untuk benda yang nipis dan lebar
Baju, seluar, kertas, sampul surat, selimut
Hidang  
Digunakan untuk menjamu sesuatu
Lauk, kuih, air
Ikat
Digunakan untuk benda yang diikat
Papan, kayu, sayur, tebu
Hiris/Iris
Digunakan untuk benda yang dipotang nipis-nipis
Bawang, halia, tomatotimundaging
Jambangan    
Digunakan untuk benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
bunga
Jambak
Digunakan untuk benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
Bunga, kunci
Jemput  
Digunakan untuk sebungkus barang
nasi, garam, gula, ikan bilis, udang kering
Kajang
Digunakan untuk bahagian atas rumah
Atap, bumbung
Kaki
Digunakan untuk benda yang bertangkai
Paying, cendawan
Kandang       
Digunakan untuk tempat menginap binatang
Kambing, lembu, kerbau
Kawan
Digunakan untuk kumpulan binatang
Gajah, lembu, kambing, lebah
Kelompok
Digunakan untuk sekumpulan benda,manusia, binatang dan pulau yang berkelompok
Awam, kuda, pulau, bintang, burung
Kepal
Digunakan untuk benda yang dikepal dengan tangan
Nasi, pulut , tanah
Keping
Digunakan untuk benda yang tipis atau pipih
Biskut, roti, syiling, kad, gambar
Kepul      
Digunakan untuk benda yang berkepul-kepul
asap, awan
Kerat
Digunakan untuk benda yang dipotong bahagian
Roti, papan
Ketul
Digunakan untuk benda yang berketul atau padu
Ais, daging, tulang, sabun
Kotak
Digunakan untuk benda yang diisi dalam kotak
Ubat, mancis, pensel, pen
Kumtum
Digunakan untuk [e;bagai jenis bunga-bungaan
Melur, mawar, teratai, anggerik
Lapis
Digunakan untuk benda yang berlapis
Selapis kiuj, tujuh lapis langit
Laras
Digunakan untuk senjat api
Pistol, senapang, merian
Lembar
Digunakan untuk benda yang lurus dan panjang
Kertas, benang, tali
Lingkar     
Digunakan untuk benda yang bergulung-gulung
ubat nyamuk, tali, dawai, rotan
Longgok
Digunakan untuk benda yang berlonggok-longgok
Baju, durian, rambutan, betik, cili
Naskhah
Digunakan untuk bahan bacaan berjilid
Surat khabar, majalah, buku, risalah
Orang
Digunakan untuk manusia
Doctor, peguam, guru, murid
Papan
Digunakan untuk benda yang berbentuk kepingan
Mercun, coklat
Pasang
Digunakan untuk manusia atau benda yang berpasangan
Kasut, anting-anting, anak, stoking
Pangsa
Digunakan untuk bahagian dalam buah
Durian, cempedak
Pasukan
Digunakan untuk orang yang berpakaian seragam
Plolis, tentera, askar, kadet, pandu puteri
Pintu
Digunakan untuk bangunan yang berderet
Sepintu rumah, dua pintu kedai
Patah
Digunakan untuk kata
Perkataan, kata-kata
Pohon
Digunakan untuk pokok
Sepohon orkid
Potong
Digunakan untuk benda yang sudah dipotong
Daging, kek, kuih, roti
Pucuk
Digunakan untuk senjata api dan benda yang tipis serta halus
Sampul surat, pistol, senapang
Puntung
Digunakan untuk bahagian yang masih menyala
Rokok, kayu api


Lengkapkan petikan di bawah ini dengan penjodoh bilangan yang paling sesuai.

Faim menulis senarai barang yang hendak dibeli pada (1)________________ kertas.Ibunya menyuruh dia membeli dua (2)________________ sabun basuh,satu kilogram bawang merah, satu (3)______________
tali rafia, se(4)________________ pisang dan tiga (5)________________ anggur sebagai pencuci mulut,lima papan petai untuk dibuat ulam.




Latihan 2

Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk " Saya sebuah komputer ".Panjang karangan tidak melebihi 80 patah perkataan.

Latihan 3

Isikan kata ganda berentak yang sesuai dengan konteks ayat-ayat berikut.

1. Majlis perkahwinan anak perempuan tunggal Datuk Dahlan diadakan secara _________________ .
( besar-besaran, gilang-gemilang )

 2.Perasaan ibu ________________ apabila mendapati abang belum pulang dari pejabat.( gundah-gulana,kacau-bilau ) 

3.Ahli keluarga Encik Busu menjadi ___________________ akibat perebutan harta pusaka. ( porak-peranda, hiruk-pikuk ).

4.Rajan lari  _________________ apabila dikejar oleh dua ekor anjing liar di kawasan perumahannya.(simpang-siur,lintang pukang )

5.Pakaian Hazli ___________________ kerana terkena kawat duri di dusun buah-buahan datuknya.( koyak-rabak, serbah-serbih )








No comments:

Post a Comment